Kenapa 29 gadis bawah umur dirogol, didera di rumah perlindungan!!!

BIHAR: Sekurang-kurangnya 29 gadis berusia antara tujuh hingga 17 tahun, yang dikurung di sebuah rumah perlindungan di Bihar, India timur selama beberapa bulan didakwa telah dirogol dan didera.

Seorang lagi mangsa, menurut polis, juga didakwa telah dibunuh dan mayatnya ditanam di dalam rumah tersebut.

Pihak polis tempatan telah memulakan proses menggali kawawsan rumah tersebut untuk mencari mayat gadis itu namun belum menemui apa-apa setakat ini.
Ketua polis daerah Muzaffarour, Harpreet Kaur berkata semasa merakamkan keterangan, beberapa gadis di situ mendakwa bahawa seorang penghuni telah dirogol, dibunuh dan ditanam.

“Semasa merakamkan kenyataan mereka, tiga daripada kanak-kanak perempuan tersebut memberitahu polis bahawa seorang daripada mereka telah dibunuh. Bagaimanapun kami belum menemui apa-apa lagi,” katanya.

“Mereka hanya kanak-kanak dan ini perkara yang amat sensitif. Kami akan bertanya kepada mereka lagi jika terdapat tempat lain di mana mayat tersebut mungkin ditanam,” kata Harpreet lagi.

Beliau turut berkata pemeriksaan perubatan dijalankan terhadap 42 gadis yang ditemui di rumah tersebut.

“Laporan perubatan tidak menolak kemungkinan 29 kanak-kanak terlibat dengan deraan seksual.

Menurut data terkini, lebih daripada 100 kes kejadian wanita dirogol dilaporkan setiap hari di India pada 2016.

Tahun ini, kerajaan negara itu juga telah memperkenalkan hukuman mati bagi mereka yang merogol gadis di bawah 12 tahun. Dan kenapa perkara ini sering terjadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *